Tuesday 25 October 2016

Anugerah Pembestarian sekolah (SSQS)

Baru baru ini iaitu pada 24 Oktober 2016 sepasukan pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan telah datang membuat penilaian di Smk Tambun yang mewakili negeri Perak dalam Anugerah Pembestarian Sekolah SSQS 2016. Antara komponen yang terlibat dalam penilaian tersebut ialah penggunaan FrogVLE dan pengurusan bahan sumber yang cekap. Semoga SMK Tambun berjaya dinobatkan sebagai Johan untuk pertandingan yang berprestij ini.

No comments:

Post a Comment