Sunday 29 December 2013

Logo baru Pusat Sumber SMK Tambun

Kini kita ada logo yang baru menggantikan logo yang lama.
Rekabentuk dihasilkan oleh Saudara Afiq Farhan dari 4 Sains 3 (2013).

Warna Kuning dan biru merupakan warna rasmi Pusat Sumber ini sejak dahulu.
Huruf PSS membawa makna Pusat Sumber Sekolah.
Lambang buku yang terbuka membawa maksud ia mengalu alukan kedatangan anda dan menawarkan pelbagai ilmu dan maklumat. 
Sebiji lambang Glob di celah lipatan buku bermaksud dengan ilmu yang diperoleh melalui pembacaan yang banyak, membolehkan anda menguasai seluruh dunia. 

Ini logo PSS yang lama sebagai tatapan untuk kenangan dan bahan sejarah.




Papan tanda baru Pusat Sumber

Papan tanda yang lama sudah uzur..
Sekarang PSS sudah dapat papan tanda baru.
Cikgu Zahari yang uruskan.. Terima kasih Cikgu Zahari..
Ada logo Nilam, ada juga logo baru PSS..
Warnanya merah.. Jom jelajah ilmu
Pusat Sumber memanggil manggil anda datang berkunjung
Mari.. Mari.. Ada banyak buku menarik menunggu di dalam.

Wednesday 21 August 2013

Bulan kemerdekaan SMK Tambun 2013

Hari ini Rabu 21 Ogos 2013.
Bermulalah Aktiviti Bulan kemerdekaan sekolah kita.
Hari ini diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan.

Dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn Noriha Nawawi.


Tema sambutan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat.
Ada sesi pembahagian bendera kepada ketua ketua kelas.





Ada juga persembahan Sajak dan Nyanyian lagu Patriotik

Berikut ialah antara objektif sekolah mengadakan aktiviti Bulan Kemerdekaan ini. 


Berikut disenaraikan aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan ini.
Jika anda berminat untuk menyertai, sila hubungi guru-guru yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut. 











Program akan berlangsung sehinggalah tibanya majlis Penutup. 
Bersama kita menjayakan dan memeriahkan Bulan Kemerdekaan Kali ini 

Tuesday 30 July 2013

Nilam Ramadhan

Sempena Bulan ramadhan yang barakah, Pusat sumber mengambil kesempatan menjalankan program Nilam Ramadhan.

Objektif Program:
1. Membudayakan membaca walaupun hanya dalam masa yang sedikit (waktu rehat)
2. Memanfaatkan setiap detik di bulan mulia dengan membaca bahan yang bermanfaat.
3. Menjayakan program Nilam Sekolah.

Program ini diadakan semasa rehat.
Satu kaunter disediakan untuk pelajar mendaftar dan mengambil bahan bacaan.

Pelajar dibekalkan dengan keratan majalah dan helaian sinopsis nilam.
Contoh keratan sinopsis seperti di bawah.

Mereka akan membaca dan membuat catatan mengenai bacaan tersebut pada helaian sinopsis.


Helaian sinopsis dipungut kembali, disemak dan direkodkan bilangannya ke dalam pangkalan data Nilam.

Disamping itu Pusat Sumber juga mengedarkan penanda buku percuma sepanjang bulan Ramadhan ini. 


Seramai 30 orang pelajar yang memperoleh bilangan bacaan tertinggi  menerima hadiah berupa duit raya sumbangan Tabung Pusat Sumber. Duit raya ini disampaikan pada pagi hari Jumaat 2 Ogos 2013. 

Berikut merupakan pemenang yang berjaya mendapat hadiah

Bil Nama Ting Kelas
1 SARA YUSREENA BT NORAZIZUDDIN T3 INOVATIF
2 NUR NADIAH ADILAH BT AZHAR T3 INOVATIF
3 MUHAMMAD IDRIS BIN MAKHADZIR T4 AKAUN 2
4 NUR SYAZWANI BINTI MOHD HISHAM T1 CEMERLANG
5 MUHAMMAD DANIAL BIN AIDEE AZAHAR T4 SAINS 1
6 NURUL SUAIDAH BT MOHD TAIB T5 AKAUN
7 NIRAJ A/L RAVI T5 PDGN 3
8 MUHAMMAD ZAKUR HANIS BIN ZUBIR T3 GEMILANG
9 NOR IDAYU SYUFIKA BT SUNARYO T5 AKAUN
10 MUHAMMAD AQIL BIN ZAINUDDIN T4 AKAUN 2
11 SITI NOORFARIZA BT SHUHAIMI T5 PDGN 3
12 MOHAMMAD HAZIQ BIN MOHD HANIFF T4 AKAUN 2
13 NURUL FATIHAH BT ABU HASSAN T5 PDGN 3
14 MOHAMAD HAIQAL AZRILL BIN M HADZRI T4 AKAUN 2
15 MIMI WAHIDA BT WARDI T5 AKAUN 1
16 AYU ILYANA BINTI ZULKIFLI T3 GEMILANG
17 MOHAMMAD HILMI B MOHD HASSAN T5 PDGN 3
18 MOHD NORSYAFIQ B. ALIAS T4 AKAUN 2
19 LUQMAN AL-FIKRI BIN MOHD SEPAWI T4 PDGN 3
20 MUHAMMAD SYAHMI AKMAL BIN ZOL T4 SAINS 2
21 MOHAMAD HAZIQ HANIF BIN SABRI T1 WAWASAN
22 MADORA A/L TUMAR T5 PDGN 3
23 MUHAMMAD NABIL HANIS B AHMAD SABRI T3 GEMILANG
24 MUHD SHAHRUL NIZAM T4 PDGN 3
25 AINUN NADHIRAH BT ALIAS T5 PDGN 3
26 MOHAMAD NOHAFIZI  T4 PDGN 3
27 NUR SYAHIRAH BINTI ZULKFLI T5 AKAUN
28 NUR NADHIRAH BINTI HASBULLAH T1 GEMILANG
29 NURUL FAEZAH BINTI MOHAMAD ZAKI T3 CEMERLANG
30 NURUL ATIKAH BINTI MOHD SANISHAM T3 CEMERLANG
26 MUHAMAD FAIZI IZWAN BIN MAT BOSNI T4 PDGN 3
27 NUR SHAFIKAH BT Y. SAHUL HAMEED MARICAIR T5 PDGN 1
28 NURSABRINA NAZIHAH BT NORAZIZUDDIN T4 SAINS 1
30 AMIR FIRZUAN B MOHD ROSLE T5 SAINS 3








Syabas diucapkan kepada pelajar yang telah menyertai program ini.


Seminar Teknik Menjawab Sains SPM

Pada hari ini Guru-guru Panitia Sains telah menjemput seorang Guru Pakar Sains dari Terengganu iaitu Tuan Haji Irwan untuk menjayakan Seminar Teknik menjawab soalan Sains SPM.

Seramai 60 orang pelajar dari 3 buah kelas terlibat dalam seminar yang bertempat di Bilik Media Pusat Sumber ini.

Akhir kata, selamat menempuh Peperiksaan Percubaan SPM yang akan menjelang sesudah cuti Aidilfitri nanti.






Monday 4 February 2013

Pameran Bertema Tahun Baru Cina 2013

Kaum cina akan merayakan Tahun Baru mengikut Kalender Qamari mereka pada 10 Februari 2013 yang akan datang. 

Tahun 2013 merupakan Tahun Ular.

Pusat sumber SMK Tambun turut mengucapkan Qong Xi Fa Cai kepada pelajar-pelajar berbangsa cina di sekolah ini. 
Walau pun di SMK Tahun pelajar cina merupakan minoriti namun PSS tetap mengadakan pameran seperti ini untuk mendedahkan kepada seluruh warga sekolah tentang budaya dan pantang larang masyarakat cina. 

Semua aktiviti yang diadakan disesuaikan dengan matlamat Pusat Sumber agar pelajar banyak membaca dan menambah ilmu walau pun melalui bacaan ringan seperti yang disediakan di meja info. 


PSS menyediakan  cabutan bertuah
untuk para peminjam buku.
mereka yang menerima tiket bertulis
 'Tahniah'  akan membawa pulang
sebiji limau mandarin.


Meja Info.
Di sini tertulis kronologi sambutan
mulai hari pertama sehingga hari ke 15
(Chap Goh Mei).
Anda boleh mengetahui apa yang orang
cina lakukan dan apa yang tidak pada
hari-hari yang dimaksudkan.

Banyak lagi maklumat yang digantung.
PSS mempelbagaikan corak hiasan agar pelajar
 tertarikdengan suasana pameran yang berbagai rupa.

Inilah Tanglung.
Sesetengahnya diletakkan lampu atau punca
elektrik di dalamnya. Banyak terdapat dalam pelbagai bentuk dan keutamaan ialah yang berwarna merah. 

Orang Cina suka menghias pokok.
Jika anda mahu mengetahui pokok apa yang
dianggap bertuah oleh masyarakat cina silalah
berkunjung ke pameran kami. 


Tahniah kepada Pengarah Projek Pameran Bertema
kali ini iaitu saudari Lew Sze Min (5 Akaun) dan ahli-ahlinya. 


Mana-mana pelajar biasa yang ingin melibatkan diri segbagai AJK Pameran Pusat Sumber sila tampilkan diri kerana anda akan dianugerahkan sijil aktiviti. 

Friday 1 February 2013

Ladap 3/2013 Penilaian Berasaskan Sekolah

Pada Hari ini Sabtu 2 Feb 2013 telah berlangsung 
Ladap ke 3 untuk guru-guru yang bertajuk Penilaian Berasaskan Sekolah.
Penceramah yang menyampaikan ilmu pada hari ini ialah En Khairi bin Saad dari SMKA Sultan Azlan Shah, Bota selaku Jurulatih Utama PBS peringkat kebangsaan. 

Tn Haji Muhammad memulakan
Ladap dengan bacaan doa. 

En Khairi menjelaskan maksud
'assessement' menggunakan contoh
 Ujian Memandu. 

JU Kebangsaan ini kelakar orangnya.
Tak sedar ladap kita sampai
ke pukul 1.00 tengahari. 

Terima kasih atas ilmu yang
En Khairi Curahkan.
InsyaaAllah akan kita gunakan nanti. 

Wednesday 30 January 2013

Temuduga Pengawas Pusat Sumber 2013 (kumpulan pertama)

Pada Hari ini telah berlangsung sesi temuduga untuk pemilihan Pengawas Pusat Sumber ambilan 2013. Seramai 20 orang pelajar akan dipilih dari kalangan pelajar sesi petang. 

Mereka yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 telah menjalani sesi saringan antaranya ujian karangan untuk mengesan kebolehan menulis dan membuat lapuran. Mereka juga dinilai dari segi kemampuan bercakap untuk mengesan tahap keyakinan berucap dikhalayak ramai. 

Satu lagi ujian yang penting ialah kemahiran membalut buku. Dari ujian ini dapat menggambarkan kecekapan dan ketelitian pelajar berkenaan. Ini penting kerana salah satu komponen tugas pengawas PSS ialah melaksanakan proses teknik bahan bacaan. 
Calon pelajar dari tingkatan 1


Pasangan kembar dari tingkatan 2

Calon lelaki pun balut
dengan kemas juga. 

Tak semestinya pantas
tapi mesti kemas. 

Kumpulan pertama hari ini
seramai 21 orang. 


Thursday 24 January 2013

Jadual Pelaksanaan Program Pagi Isnin 2013

Mana-mana guru yang nak print sendiri Jadual Pengurusan Program Pagi Isnin SMK Tambun versi berwarna bolehlah paut sendiri ke link di bawah.

https://docs.google.com/file/d/0B39LRdJ-PM2cZERYTWpjUWxYTWs/edit

Tuesday 22 January 2013

Pameran Bertema Maulidurrasul di PSS


Berlangsung Mulai 29 Januari hingga 1 Februari 2013. 

Pelajar bolehlah datang melawat pada waktu rehat.

Rupa-rupanya susur galur Raja-Raja Melayu Kita berasal dari keturunan 
Saidina Ali dan Siti Fatimah (anaknda Rasulullah SAW)


Kenali Rasul junjungan kita dengan lebih dekat melalui Biografi Rasulullah.

Pameran Infi Selawat. Ada lebih dari sepuluh jenis selawat dipamerkan. 
Semuanya memberikan pahala dan keistimewaan tersendiri jika diamalkan. 


Anda kesuntukan masa tetapi masih mahu membaca? 
Tambah pengetahuan anda melalui bacaan risalah. 


Anda juga boleh meminjam buku-buku tentang Nabi Muhammad. 


Ini paling istimewa. 
Cuba hafal mana-mana selawat dan anda akan dihadiahkan dengan sebatang gel pen berharga RM2. 
Kalau tak berjaya hafal sekalipun anda masih dapat hadiah 'sesuat'. 
Marilah..marilah..

Sambil melihat bahan pameran anda dapat pahala kerana mendengar 
alunan zikir selawat dan nasyid yang dialunkan oleh pengawas PSS kami. 

Selamat menyambut Maulidurrasul 1434 Hijrah. 
Sayangi Rasulullah, contohilah baginda.