SEJARAH PUSAT SUMBER



            Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun  mula beroperasi pada tahun 2OO4 selari dengan pembukaan sekolah. Pusat Sumber SMK Tambun terletak di bangunan pentadbiran iaitu di aras 3 bersebelahan dengan Bilik Peperiksaan dan Bilik Kaunseling. Ia melliputi ruang keluasan sebanyak 14 bay, dilengkapi dengan ruang bacaan  serta sebuah bilik Media. Bilik Media  (Bilik alat pandang dengar ). Meja karel juga diletakkan bersama di Bilik dilenghapi dengan alat-alat audio visual termasuk LCD bagi merealisasikan visi Pusat Sumber iaitu membudayakan teknologi dalam pendidikan.      
         
             Pada tahun 2OO4 Pusat Sumber ini diterajui oleh Pn. Azizah Bt Abdul Aziz selaku penyelaras Pusat Sumber. Pada tahun 2005, diketuai oleh Pn. Ida Rahayu Bt Mohamed Sujari dan dibantu oleh 3 orang guru dan seorang Pembantu  perpustakaan iaitu Pn Rokiah bt Kamaruddin. Bermula tahun 2006, Puan Khadiiah bt Abdul Kadir dilantik menjadi penyelaras Pusat Sumber yang baru. Beliau kemudiannya dilantik dengan rasmi oleh pihak JPN sebagai Guru Perpustakaan Media pada bulan Ogos 2006. Khidmat beliau berlanjutan sehingga Disember 2008. 
            Mulai Januari 2OO9 Pusat sumber ini diterajui pula oleh guru Perpustakaan dan  Media yang baru iaitu  Pn Nor Sahidah Hamid sehingga sekarang. 

            Antara kejayaan yang pernah dicapai oleh PSS ini ialah:
2008 Anugerah Pengetua -Bilik Khas Terbaik peringkat sekolah
2010 Johan PSS Cemerlang Daerah Kinta Utara
2011 Johan PSS Cemerlang Negeri Perak
2012 Menyertai Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan
2016 Menyertai Anugerah Pembestarian sekolah Peringkat Kebangsaan 
         (kategori Pengurusan PSS) 

Berikut merupakan wajah PSS pada 21/10/2016




No comments:

Post a Comment