Saturday 31 March 2012

Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia

Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia telah berlangsung pada hari sabtu 31 Mac 2012 di Dewan SMK Tambun. Seramai 547 orang pelajar terpilih telah menerima netbook.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Nadzri Bin Ismail DPMP, AMP,PPT (ADUN Manjoi, Perak) Selaku wakil kepada Dato’ Seri Hj Ahmad Husni Hanadzlah SPMP, DPMP,AMP, PPT, JP (Menteri Kewangan Kedua merangkap ahli Parlimen Tambun).

Penghargaan yang tidak terhingga kepada Pejabat Parlimen Tambun, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia, PIBG dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini. 

Saturday 24 March 2012

Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan 2012

Pada hari ini 23 Mac 2012 empat badan kepimpinan utama SMK Tambun telah bergabung mengadakan Majlis Watikah Pelantikan bagi ahli-ahli baru mereka. Seramai 25 orang ahli baru badan Pengawas, 24 Pengawas Pusat Sumber, 14 ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan 38 orang ahli Majlis Ketua Tingkatan telah dilantik. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Disiplin dari Jabatan Pelajaran Perak.


Segak Bergaya.. Selamat menjalankan tugas.

Friday 23 March 2012

Kursus eDraw untuk guru MBMMBI


Pada 22/3/2012 iaitu hari Khamis telah diadakan satu kursus anjuran Unit ICT Smk Tambun untuk guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan satu yang akan mendukung matlamat MBMMBI di sekolah ini. Kursus ini menekankan cara menggunakan CD perisian MBMMBI yang dibekalkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan. Kursus berlangsung selama dua hari dan akan tamat pada 23/3/2012. Dalam kursus ini guru-guru juga didedahkan dengan cara mengendalikan kemudahan rangkaian dalam makmal komputer.
Semoga dengan terlaksananya kursus ini guru-guru akan lebih yakin dalam menyampaikan pengajaran mereka. Syabas unit ICT sekolah..
Posted by Picasa

Thursday 22 March 2012

Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012


Pada hari ini 22 Mac 2012 (Khamis) sekumpulan penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur telah datang ke SMK Tambun untuk satu sesi penilaian pusat sumber cemerlang. Pada tahun ini Pusat Sumber SMK Tambun telah terpilih sebagai satu-satunya sekolah menengah yang akan mewakili negeri Perak ke Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012. Pada tahun ini hanya 2 kategori yang dipertandingkan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Penilaian yang bermula sejak 8.00 pagi berlangsung dengan dimulai sesi persembahan multimedia, lawatan kunjungan dan sesi semakan dokumen. Pengetua, PK Pentadbiran  dan sekumpulan guru AJK Pusat Sumber yang diketuai oleh Pn Nor Sahidah Hamid selaku Guru Perpustakaan & Media (GPM) telah bersama-sama sepanjang tempoh penilaian ini.
Seluruh warga sekolah telah bertungkus lumus dalam persediaan menghadapi pertandingan ini. Terima kasih kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak yang telah sama-sama membantu pusat sumber sekolah kami.



Anda boeh saksikan sebahagian lagi gambar-gambar melalui pautan di bawah

https://plus.google.com/photos/106474008613297757123/albums/5728892987476492801