Wednesday 26 October 2016

Majlis memohon restu Pelajar SPM 2016

Tentatif Majlis Restu Ilmu Tingkatan 5 2016
Tarikh: 27.10.2016(Khamis)
Tempat: Dewan Seri Budiman

7.25am:ketibaan guru dan pelajar di DSB
7.40am: Ucapan Pengerusi Majlis
7.45am: Bacaan Doa
7.50am: Ucapan Tuan Pengetua
8.10am: Ucapan Ustaz Abdul Aziz b Mat Jais (PPD Kinta Utara)
8.30am: Sesi bersalaman dan mohon restu

Intipati ucapan pengetua:
1. Tov asal cuma 7.03 tetapi telah meningkat menjadi 5.76 dengan 4 orang semua A dalam peperiksaan percubaan.
2. Banyak program telah dijalankan sejak awal tahun lagi.
3. Teruskan momentum yang ada sementara masih ada beberapa hari lagi sebelum SPM.
4. Sokongan padu semua guru sangat dihargai sehingga ada yang buat kelas tambahan malam.
5. Usaha pelajar terutama 5P1 sangat jelas dalam usaha untuk berjaya. Ini menandakan SMK Tambun boleh berjaya.
6. Pada hari peperiksaan buat betul betul, jangan keluar awal dan semoga anda meninggalkan sekolah dengan sijil yang boleh dibanggakan.

Gambar Kolaj: Ihsan dari Cikgu Siti Hajar 
(unit ICT)

Jamuan Akhir Tahun KGSS SMK Tambun 2016

15 Oktober 2016 (Sabtu).
Bertempat di Restoren Kampung, Ipoh.
Tema: Kembar Seiras
Ini kembar paling istimewa sebab dalam perut ketiga tiganya ada baby.


Pengetua menyampaikan Anugerah Kembar Paling Seiras.
Ucapan En Nazri selaku Pengerusi Kelab Guru & Staf 2016
Ucapan Puan Sahidah Salleh yang akan bersara.
Jawatankuasa Penganjur
Golongan VVIP
This is non identical twin. Dua placenta berasingan.


Semua gembira. Banyak lagi gambar tak dapat dimuatkan. Mohon maaf kepada yang kebetulan gambarnya tak ada dalam entri ini sebab ini saja yang berjaya dikutip sebagai koleksi. 

Aktiviti selepas PT3 (Explorace)

Tarikh: Selasa 26/10/16
di Dewan Seri Budiman
Peserta: Pelajar T3

Patut pun pagi-pagi buta pelajar Tingkatan 3 minta suratkhabar lama daripada pusat sumber. Rupanya nak membalut Maharaja dan Maharani mereka. 

Tuesday 25 October 2016

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun.

Pelajar tingkatan satu, dua dan empat sedang menjalani peperiksaan akhir tahun yang bermula pada 17 Oktober 2016 yang lalu.
Tempoh peperiksaan tingkatan satu dan dua berakir pada 21/10/2016 manakala tingkatan empat berlanjutan sehingga 27/10/16.
Selamat menjawab dengan tenang dan yakin. Berusahalah untuk melonjakkan kecemerlangan akademik Smk Tambun.

Anugerah Pembestarian sekolah (SSQS)

Baru baru ini iaitu pada 24 Oktober 2016 sepasukan pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan telah datang membuat penilaian di Smk Tambun yang mewakili negeri Perak dalam Anugerah Pembestarian Sekolah SSQS 2016. Antara komponen yang terlibat dalam penilaian tersebut ialah penggunaan FrogVLE dan pengurusan bahan sumber yang cekap. Semoga SMK Tambun berjaya dinobatkan sebagai Johan untuk pertandingan yang berprestij ini.

Pembelajaran abad ke 21 di SMK Tambun