NILAM

Pelaksanaan program Nilam di SMK Tambun.

Mulai tahun 2013 program Nilam di tapak perhimpunan akan diadakan sebanyak 2 kali sebulan iaitu pada minggu ke 2 dan minggu ke 4.

Semua pelajar dikehendaki membawa buku Nilam dan bahan bacaan masing-masing pada sesi berkenaan dan merekod bacaan mereka dengan serta merta.

Guru kelas, guru matapelajaran dan guru-guru lain akan berada berhampiran untuk membantu menandatangani buku Nilam pelajar.

Bagi kelas-kelas yang baik seperti Gemilang, cemerlang dan kelas aliran Sains, bahan-bahan yang disediakan ialah dalam bentuk keratan akhbar Bahasa Inggeris.

semasa sesi tersebut Tuan Pengetua akan memilih pelajar yang bertuah untuk berkongsi bahan bacaan mereka dengan seluruh pelajar di dewan Seri Budiman.

No comments:

Post a Comment