Thursday 23 January 2014

Sambutan Maulidurrasul 1435H

Pagi ini, Jumaat 24/1/2014 ada ceramah sempena sambutan Maulidurrasul di Dewan Seri Budiman.
Jadi, tiada program Yaasin seperti biasa.
Unit Dakwah menjemput penceramah datang iaitu Ustaz Aziz daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.
Selamat menghayati ceramah beliau.

Pusat Sumber Lokasi Permainan Dalaman

Hari ini pusat sumber dipenuhi pelajar Kelab Permainan Dalaman yang bermain catur.
Ada yang baru nak belajar, ada yang sudah mahir dan ada yang langsung tidak berani mencuba.
Ada juga adegan lawak, menggunakan set catur bermain dam aji.

Tapi mereka semua nampak gembira.
Majlis tertinggi kelab tidak ketinggalan mencari bakat bakat baru untuk mewakili sekolah dalam pertandingan catur yang akan dianjurkan tidak lama lagi.

Hari ini giliran cikgu Nor Sahidah dan cikgu Isma memantau pelajar.
Kehadiran memuaskan.
Harap beginilah seterusnya pada masa akan datang.

Tuesday 21 January 2014

Budaya I THINK di SMK Tambun

I Think di SMK Tambun sudah masuk tahun kedua.
Semestinya ia sudah menjadi satu budaya di sekolah kita.
Mari kita tinjau sejauh mana I Think diterapkan di sekolah ini.

Monday 20 January 2014

Guru guru Pusat Sumber 2014

Berikut merupakan pasukan yang akan mentadbir Pss pada tahun ini.
Masing masing telah ada senarai tugas yang telah ditetapkan.
Semoga tahun ini kita lebih bersemangat.

Thursday 16 January 2014

Selamat berangkat Nur Iffa Najihah

Nur Iffa Najihah bt Nor Azman, Pengawas Pss yang banyak berjasa semenjak tingkatan satu dan kini berperanan sebagai Timbalan Pengerusi 3 dalam organisasi Badan Pengawas PSS 2014. Hari ini merupakan hari terakhir beliau kerana beliau akan melanjutkan pelajaran di SM Teknik Kuala Kangsar dalam bidang Perkembangan Awal Kanak Kanak.
Sempena keberangkatan beliau, cikgu Sahidah dan pengaws PSS mengadakan sedikit jamuan perpisahan di kantin.Walau pun cuma party kecil tetapi inilah tanda kasih sayang yang besar untuk Iffa Najihah. Semoga Iffa akan terus berjasa walau di mana beliau berada.

Wednesday 15 January 2014

Perjumpaan Pertama Kelab PSS 2014

Hari ini Rabu 15/1/14, Kelab PSS mengadakan perjumpaan pertama untuk tahun ini. Setakat ini bilangan ahli kelab  sangat selesa iaitu seramai 16 orang sahaja. Pengerusi yang telah dipilih tahun ini ialah Saudari Akmalunnisak bt Darus dari kelas 5 Sains 2 dan timbalannya Mohd Shafiq Kamaruddin dari 4 Sains 1.
Guru yang mengetuai Kelab PSS tahun ini ialah Pn Nor Sahidah Hamid dan Pn Zaleha Abu Talib.
Beberapa aktiviti telah pun dirancang mengikut kesesuaian tarikh.
Keahlian masih lagi dibuka termasuklah kepada pelajar pelajar yang bukan pengawas PSS. Seperti tahun lalu juga, aktiviti yang dirancang akan melatih ahli kelab menjadi penganjur aktiviti untuk pelajar lain menyertai.
Senarai cadangan aktiviti ada ditampal di papan kenyataan kelab yang teletak di laluan ke kantin.
Semoga organisasi yang telah dilantik akan menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.
Berikut disertakan beberapa gambar untuk perjumpaan yang pertama ini. Selain bermesyuarat memilih Ajk, ahli kelab sempat juga menyiapkan papan kenyataan kelab. Syabas, tahniah dan selamat maju jaya.

Monday 13 January 2014

Program Nilam Bulanan yang pertama 2014

Hari ini Isnin 13/1/2014 merupakan hari pelaksnaan Program Nilam bulanan yang pertama pada tahun ini. Bertempat di Dewan Seri Budiman, pelajar pelajar diedarkan dengan keratan majalah beserta helaian sinopsis.
Pendekatan pada tahun ini sama seperti tahun lalu dimana keratan sinopsis yang dikumpulkan akan terus dicatat bilangan bacaannya ke dalam pangkalan data Nilam sekolah.
Semoga pelajar Smk Tambun akan terus rajin membaca.

Saturday 11 January 2014

Majlis Suaikenal Pengawas Dan Guru PSS 2014.

Tahun 2014 yang diharapkan penuh keberkatan ini dimulai dengan Majlis suaikenal. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan semua ahli Badan Pengawas PSS. Ramai guru Ajk yang baru dilantik dan pengawas pengawas yang baru dipilih termasuklah dari tingkatan 1. Antara pengawas pagi dan petang juga masih ada yang belum mengenali sesama sendiri.
Antara agenda yang berjaya dilaksanakan termasuklah
1. memperkenalkan sekali lagi Majlis Tertinggi Badan PSS yang telah dilantik pada penghujung 2013 yang lalu.
2. Memperkenalkan guru guru Ajk Kerja PSS
3. Menjalankan sedikit gotong royong menceriakan PSS yang baru saja di cat semula penghujung cuti yang lalu.
4. Pembahagian kumpulan Tugas 2014 dan mesyuarat AJK Kerja PSS.
5. Jamuan mesra (hasil sumbangan ahli pss sendiri)
Diharapkan dengan terlaksananya majlis ini, hubungan kita akan menjadi lebih mesra dan kita semua dapat bekerja dengan lebih berkesan bagi memakmurkan lagi Pusat Sumber SMK Tambun. Isha Allah..