Monday 4 February 2013

Pameran Bertema Tahun Baru Cina 2013

Kaum cina akan merayakan Tahun Baru mengikut Kalender Qamari mereka pada 10 Februari 2013 yang akan datang. 

Tahun 2013 merupakan Tahun Ular.

Pusat sumber SMK Tambun turut mengucapkan Qong Xi Fa Cai kepada pelajar-pelajar berbangsa cina di sekolah ini. 
Walau pun di SMK Tahun pelajar cina merupakan minoriti namun PSS tetap mengadakan pameran seperti ini untuk mendedahkan kepada seluruh warga sekolah tentang budaya dan pantang larang masyarakat cina. 

Semua aktiviti yang diadakan disesuaikan dengan matlamat Pusat Sumber agar pelajar banyak membaca dan menambah ilmu walau pun melalui bacaan ringan seperti yang disediakan di meja info. 


PSS menyediakan  cabutan bertuah
untuk para peminjam buku.
mereka yang menerima tiket bertulis
 'Tahniah'  akan membawa pulang
sebiji limau mandarin.


Meja Info.
Di sini tertulis kronologi sambutan
mulai hari pertama sehingga hari ke 15
(Chap Goh Mei).
Anda boleh mengetahui apa yang orang
cina lakukan dan apa yang tidak pada
hari-hari yang dimaksudkan.

Banyak lagi maklumat yang digantung.
PSS mempelbagaikan corak hiasan agar pelajar
 tertarikdengan suasana pameran yang berbagai rupa.

Inilah Tanglung.
Sesetengahnya diletakkan lampu atau punca
elektrik di dalamnya. Banyak terdapat dalam pelbagai bentuk dan keutamaan ialah yang berwarna merah. 

Orang Cina suka menghias pokok.
Jika anda mahu mengetahui pokok apa yang
dianggap bertuah oleh masyarakat cina silalah
berkunjung ke pameran kami. 


Tahniah kepada Pengarah Projek Pameran Bertema
kali ini iaitu saudari Lew Sze Min (5 Akaun) dan ahli-ahlinya. 


Mana-mana pelajar biasa yang ingin melibatkan diri segbagai AJK Pameran Pusat Sumber sila tampilkan diri kerana anda akan dianugerahkan sijil aktiviti. 

Friday 1 February 2013

Ladap 3/2013 Penilaian Berasaskan Sekolah

Pada Hari ini Sabtu 2 Feb 2013 telah berlangsung 
Ladap ke 3 untuk guru-guru yang bertajuk Penilaian Berasaskan Sekolah.
Penceramah yang menyampaikan ilmu pada hari ini ialah En Khairi bin Saad dari SMKA Sultan Azlan Shah, Bota selaku Jurulatih Utama PBS peringkat kebangsaan. 

Tn Haji Muhammad memulakan
Ladap dengan bacaan doa. 

En Khairi menjelaskan maksud
'assessement' menggunakan contoh
 Ujian Memandu. 

JU Kebangsaan ini kelakar orangnya.
Tak sedar ladap kita sampai
ke pukul 1.00 tengahari. 

Terima kasih atas ilmu yang
En Khairi Curahkan.
InsyaaAllah akan kita gunakan nanti.