Thursday 10 January 2013

Kursus MKT - Ms Word Dalam pengurusan kelas

Hari ini telah berlangsung Kursus Penggunaan Microsoft Word dalam Pengurusan kelas yang telah dihadiri oleh 35 orang ahli Majlis Ketua Tingkatan yang terdiri daripada Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Kursus ini berlangsung mulai pukul 2 hingga 4 petang yang merangkumi aktiviti membina jadual giliran bertugas, carta organisasi kelas dan jadual waktu P&P.

Bertempat di Makmal Komputer Aras 2, seramai 4 orang guru telah terlibat sebagai jawatankuasa penganjur. Sekumpulan pelajar dari kumpulan Briged Bestari Sekolah bertindak sebagai fasilitator sepanjang kursus ini.

Pada akhir program, semua kelas telah berjaya menyiapkan tugasan masing-masing dan sedia untuk ditampalkan di kelas mereka.

Tahniah kepada Pn Salmiah dan Cik Assalama selaku peneraju MKT untuk tahun ini. Seawal minggu ke dua persekolahan, program ini dilihat sangat memberi manfaat dalam mengasah kemahiran ICT pelajar dan secara langsung melancarkan pengurusan kelas.

Tahniah juga kepada Pn Hjh Mahsuri dan Pn Siti Hajar selaku Penyelaras Bestari sekolah & Penasihat kumpulan Briged Bestari atas usaha menyediakan ruang dan tunjuk ajar di Makmal Komputer.

Syabas untuk semua yang terlibat.

Pn Hjh Mahsuri memberikan tunjuk ajar

sempat lagi tu..! orang kuat briged Bestari (Wan Helmy)


Wah, berwarna warni jadualnya.


35 orang ahli MKT terlibat

Berbaloi balik lambat hari ni.

"apa kata besarkan sikit font tu, lepas tu bold.."

draf jadual bertugas harian

"kami punya dah siap.." kelas 3 Harmoni

Penyelaras MKT menulis lapuran (Pn Salmiah Shafie)

" kalau silap Undo je..tak rosak pun! "


No comments:

Post a Comment