Seramai 80 orang pelajar tingkatan 3 dari kelas 3 Wawasan,
Aspirasi dan Inovatif menjadi peserta. Penceramah yang mengendalikan program
ini ialah Tuan Haji Rosdi b Baharom dari Kolej Teknologi Darul Naim.
Program bermula seawal 8.00 pagi ini dimulai dengan ceramah
motivasi dan seterusnya aktiviti membuat nota menggunakan teknik peta minda.
Program ini sedikit sebanyak akan membantu pelajar menguasai teknik menguruskan
maklumat, nota pelajaran dan menguasai ilmu dengan pandangan yang menyeluruh.
Selepas solat Zohor dan makan tengahari program diteruskan
dengan sesi Pembentangan Tugasan. Program tamat pada pukul 4.30 petang.
Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar sepanjang program
berlangsung.Pagi-pagi sewaktu segar-bugar kita motivasi dulu. |
Tuan Haji Rosdi Baharom dari Kolej Teknologi Darul Naim |
Pengetua pun turut serta pagi-pagi lagi.. |
Pelajar menghasilkan peta minda kumpulan mereka |
Mari saksikan koleksi gambar keseluruhan program melalui link ini
https://picasaweb.google.com/106474008613297757123/MindMappingF32012
No comments:
Post a Comment