Isu pertama yang disentuh oleh Inspektor Nozaini ialah kes
buli dalam kalangan pelajar sekolah. Beliau berpesan agar seorang pelajar
sepatutnya mematuhi peraturan sekolah. Yang paling penting ialah jangan menderhaka
kepada guru kerana doa seorang guru akan dimakbulkan oleh Allah. Dalam ceramah
ini bliau turut berkongsi beberapa pengalaman beliau sebagai pengajaran kepada
pelajar.
Kebanyakan remaja yang nakal bermula dengan salah laku yang
kecil dan akhirnya mereka akan semakin berani melakukan jenayah yang lebih
besar. Inspektor Nozaini berpesan agar
para pelajar memikirkan apakah kesan bagi setiap tindakan yang mereka ambil.
Setiap perilaku yang buruk akan mengundang padah yang menjejaskan masa depan
pelajar itu sendiri.
Ceramah yang berlangsung selama 30 minit ini begitu berkesan sehingga semua pelajar
mendengar dengan penuh minat serta tepukan gemuruh diberikan sesudah ceramah
berakhir. Diharapkan agar tauladan dan iktibar yang dikongsikan bersama akan berjaya
memberikan kesedaran kepada para pelajar. Ini kerana masa depan pelajar amat
bergantung kepada tindakan yang mereka ambil pada hari ini.
Inspektor Nozaini b Mat Noor Ketua Balai Polis Tambun |
Klik untuk lihat lebih banyak gambar
https://plus.google.com/photos/106474008613297757123/albums/5734474892479122961
No comments:
Post a Comment