Monday, 2 July 2012

Bulan Bahasa 2012

Pada hari ini 2 Julai 2012 telah berlangsung juga satu lagi pelancaran iaitu Bulan Bahasa 2012 melibatkan 2 panitia besar di sekolah ini iaitu panitia bahasa Melayu dan Panitia bahasa Inggeris.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Pengetua iaitu En Azmi bin Dahali dengan melepaskan 2 ekor burung yang melambangkan 2 panitia berkenaan. 
Buku Program Bulan Bahasa.
 Sepanjang bulan ini banyak aktiviti dilaksanakan seperti pertandingan, kuiz dan permainan bahasa.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar sewaktu program berlangsung.

Dalam sangkar ini ada 2 ekor buru yang bakal dilepaskan....


Ucapan pengetua.


Pelancaran Hari Koperasi 2012

Hari koperasi disambut setiap tahun dan alhamdulillah pada tahun ini sekolah berjaya mengadakan pelancarannya di sesi pagi.
Pelancaran hari Koperasi SMK Tambun diadakan pada 2 Julai 2012 serentak dengan 2 lagi program iaitu Bulan Bahasa dan Bulan Membaca.
Gambar di bawah menunjukkan Pn Norhafizah selaku Bendahari kehormat Koperasi SMK Tambun membacakan perutusan Ketua Pengarah pelajaran Malaysia bersempena Hari Koperasi.
Pada majlis ini pengetua telah menanam sebatang pokok sumbangan pihak koperasi sebagai tanda perasmian. 

Semoga dengan pelancaran ini koperasi sekolah kita akan terus maju dan memberi manfaat menyeluruh kepada warga sekolah. 




Pelancaran Bulan membaca 2012

Bulan Julai telah dipilih sebagai Bulan Membaca peringkat sekolah. Pusat sumber telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pelbagai aktiviti terutama yang menggalakkan penglibatan pelajar untuk membaca.
Pada hari ini iaitu Isnin 2 Julai 2012 Pelancaran Bulan Membaca 2012 telah disempurnakan oleh En Azmi bin Dahali selaku pengetua SMK Tambun.
Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.





Banyak aktiviti telah dirancang antaranya seperti berikut. Anda boleh menghubungi pelajar yang terlibat sebagai penyelaras untuk mendapatkan keterangan lanjut dan borang penyertaan.



Tarikh Aktiviti Penyelaras
2 Nilam FM (dendangan lagu waktu pagi) shafiq 5sc 1
Peringatan pemulangan lewat 
Penghantaran buku Nilam ke PSS Lidya dan shafik (sesi petang)
3 Edaran Brochure Sudut sudut dan bilik di PSS Shahila 5A
4 Liga Forum antara kelas Azalia 4Sc1
5 Pertandingan bolasepak antara badan kepimpinan Izwan 5Sc2
6 Melukis mural membaca Azwan Ismail 4sc1
9 Edaran Brochure Sirkulasi PSS Norliyana Bt Mohammad Hasri 5 sc1
Penghantaran buku Nilam ke PSS Lidya dan shafik (sesi petang)
10 Pertandingan mengumpul koleksi gambar bertema Hakimi 5Sc 2
11 eksplorasi mural  Izwan 5Sc2
12 Pertandingan dam aji manusia (antara kelas) Hanizan
13 kursus blog updating Fasa 1 (untuk guru) syahmi akmal b. Zol 3 cem
Melukis mural membaca Azwan Ismail 
16 Edaran Brochure Koleksi bahan Sharifah 4P1
Penghantaran buku Nilam ke PSS Lidya dan shafik (sesi petang)
17 Pertandingan menulis berita (Terbuka) Denshe 4sc 1
18 Pertandingan nazam (terbuka) Khair ikhwan 4sc 1
19 Merawat buku Irfan Najwan 4sc1 
20 kursus blog updating Fasa 2 (untuk guru) syahmi akmal b. Zol 3 cem
23 Edaran Brochure kelayakan pinjaman Shamsulyana
Penghantaran buku Nilam ke PSS Lidya dan shafik (sesi petang)
24 Pertandingan membetulkan istilah BM Izzati Hazwani 3 cem
25 Tadarus Perdana di PSS  Iqbal Shukri 3 cemerlang 
26 Lets read together  (buku agama) Nurul Fatin Athirah 5 sc 1
27 Khemah membaca & Iftar bersama alumni Hayati 5sc2
30 Anugerah PSS Irwani 5Sc 2
Penghantaran buku Nilam ke PSS Lidya dan shafik (sesi petang)
31 Edaran Brochure Bahan bukan cetak Adibah 5sc 1
aktiviti yang di'bold'kan akan disediakan sijil penyertaan. 
Penghantaran buku Nilam ke PSS adalah untuk tujuan markah ko kurikulum. 

Saturday, 16 June 2012

Latihan Dalam perkhidmatan Siri ke 3

Pada hari ini 16 Jun 2012 telah berlangsung LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) kali ke 3 untuk guru-guru.

Slot Pertama (8.00-10.00 pagi)
Tajuk: Kesilapan Dalam Tatabahasa Melayu.
Penyampai: En Mohd Sufian b Hj Afandi. (Munshi Dewan Bahasa)

Kita menggunakan bahasa melayu dalam aktiviti harian malangnya ramai yang tidak menyedari banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam berbahasa.

Slot kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru. Semua guru begitu teruja dan tidak kurang juga yang terperanjat bila mengetahui kata dan ayat yang selama ini digunakan rupa-rupa tidak betul.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj Muhammad. 

En Sufian menunjukkan bahawa arahan dalam soalan juga kadangkala tidak betul.  
 
Cikgu Jamil turut mengambil kesempatan bertanyakan soalan kepada Munshi.


Guru-guru sedang menjawab soalan tatabahasa dengan tekun sekali.

Slot Kedua (10.30-11.30)
Penceramah : Pn Hjh Hasnah bt Abdul Hamid
PK Kokurikulum SMK Tambun
Tajuk : Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PSJSK)

Puan Hasnah memberikan penerangan mengenai cara-cara menilai dan mengisi markah rekod-rekod tertentu seperti SEGAK dan BMI. Slot ini penting untuk makluman semua guru terutama guru-guru kelas  tingkatan 1.
Penerangan oleh Pn Hasnah.
 Slot Ketiga (11.30-12.00)
Penceramah : En Hazmir bin Yusof (Guru Disiplin SMK Tambun)
Tajuk : Pengurusan Disiplin Pelajar
 En Hazmir menerangkan cara berpakaian dan fesyen rambut pelajar yang dibenarkan. Beliau meminta kerjasama agar semua guru berperanan menguatkuasakan disiplin di kawasan sekolah sepanjang masa agar kawalan dapat dibuat secara bersepadu dan menyeluruh.

Ladap berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
 


Wednesday, 16 May 2012

Sambutan Hari guru 2012

Hari guru tahun ini disambut begitu meriah.  Sekolah kita memilih warna oren sebagai warna tema.

Bukan setakat pakaian malahan kek juga turut dihiasi dengan icing oren.

 Banyak aktiviti dianjurkan. Tahun ini semua guru rasa begitu diraikan. Mana tidaknya, pagi-pagi kami sudah diarak bagai pengantin. Badan kepimpinan Pengawas menunggu setiap guru dengan goodie ditangan. Mereka mengiringi kami ke Dewan Seri Budiman. Di sana kami mendengar perutusan Menteri Pelajaran, menyanyi lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat dan mendengar ucapan YDP PiBG. Tuan Pengetua berucap dengan beberapa pantun yang disambut meriah oleh para pelajar. Pengetua kami memang suka berpantun.
Selesai sahaja upacara memotong kek kami ke padang. Di sana Pengawas Pusat Sumber sudah menanti dengan pelbagai acara yang menyeronokkan.

Wah, cikgu Jamil dan Hj Muhammad..
Datin Zarina  begitu teliti memerah span.. macam perah kelapa je.

masyaallah.. cikgu Hazlin... hebatnya!!


Tak sangka guru PSS ni pun pandai tiup belon. Tapi tak mau besar sebab kurang angin kot.

kreativiti menggunakan suratkhabar lama.
Seterusnya guru dan pelajar berhenti rehat. Kami naik ke bilik guru dan alangkah 'surprise'nya bila melihat ada satu lagi kek besar. Kek ini datang daripada Pejabat parlimen Tambun.

Selesai rehat kami kembali ke Dewan Seri Budiman dimana kami dihidangkan pula dengan persembahan 'live band' oleh pelajar. Yang paling istimewa ialah apabila Encik Zulkifli bermain gitar dan En Zulkaply  menyanyikan lagu. Turut tidak ketinggalan persembahan istimewa En Yeoh. Beliau bermain gitar sambil membawakan lagu "when You're hungry, love will keep us alive.."




Terdapat juga video salah satu persembahan yang diadakan pada hari tersebut yg sudah mendapat 708 views.

Banyak gambar yang sempat dirakamkan. Lihat link di bawah.

https://picasaweb.google.com/106474008613297757123/SambutanHariGuru2012#

Thursday, 3 May 2012

Pertandingan Forum Peringkat sekolah Menengah Zon 6


Pada hari yang sama juga (3/5/2012) telah berlangsung Forum Remaja Peringkat Sekolah Menengah Kategori Zon 6, Daerah Kinta Utara. Pada Tahun ini SMK Tambun telah menjadi tuan rumah bagi acara ini.
Pertandingan yang bermula seawal jam 2.00 petang ini bertempat di Makmal Bahasa SMK Tambun. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat iaitu SMK Tambun, SMK Bercham, SMK Maahad Al Ummah, SMK Ulu Kinta, SMK Tanjung Rambutan dan SMK Jalan Tasek.

Peserta forum yang mewakili SMK Tambun ialah seperti berikut
Amirul Adib (5 Sains 1)
Aisyah Zulkifli (5 Sains 1)
Adibah Abd Ghani (5 Sains 1)
Faridah Ahmad (4 Sains 1)
Nur Aqilah Latif (4 Sains 1)

Pertandingan ini tamat pada pukul 5.00 petang. Selamat maju jaya kepada pasukan yang menang. Mereka akan mewakili zon 6 ke pertandingan forum peringkat Daerah Kinta Utara nanti.

Pasukan SMK Bercham sedang berforum

Para hadirin yang terdiri daripada pasukan peserta dan penyokong pasukan sekolah.

Majlis berlangsung dengan lancar. 

Kursus kepimpinan MKT 2012

Pada hari ini telah berlangsung satu kursus kepimpinan untuk ahli Majlis Ketua Tingkatan SMK Tambun. Kursus ini telah diadakan di dewan terbuka yang baru dan dihadiri oleh seramai 76 orang Ketua dan Penolong ketua kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Berikut merupakan antara agenda yang dijalankan sepanjang kursus. 
Salah satu daripada slot ceramah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu En Azmi bin Dahali.
Semoga dengan terlaksananya kursus ini akan memantapkan lagi ciri kepimpinan para ketua dan penolong ketua kelas di sekolah ini. Ini kerana pengurusan kelas yang berkualiti datang daripada kepimpinan ketua kelas yang berkesan. 





Tuesday, 24 April 2012

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012

Pos Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) menganjurkan pertandingan menulis surat 1 Malaysia yang bermula 1 april hingga 15 Jun 2012. Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Penerangan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30 000. Untuk keterangan lanjut sila layari link di bawah dan sertailah beramai-ramai.

Syarat-syarat pertandingan
http://pos.com.my/pos/Files/upload/pdf/lampiran_a_-_syarat-syarat_pertandingan_menulis_surat_1malaysia_2012.pdf

Borang penyertaan
http://pos.com.my/pos/Files/upload/pdf/borang_penyertaan_pertandingan_menulis_surat_1malaysia.pdf





Monday, 23 April 2012

Mari Membaca


23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Akta Hakcipta Sedunia. Setiap pelusuk dunia pada hari ini menyambutnya dengan aktiviti membaca. Sehubungan dengan itu SMK Tambun turut tidak ketinggalan menyertai Aktiviti yang dianjurkan di perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang namakan “Let’s Read Together”.
Seramai  7 orang pelajar terdiri daripada Tingkatan 1 dan 2 menyertai program yang bermula jam 9.30 hingga 10.00 pagi diperkarangan perpustakaan. Program ini dianjurkan setiap tahun dan disertai oleh guru dan pelajar dari sekolah-sekolah di seluruh Bandar Ipoh.
Para peserta yang mendaftar akan menerima senaskah buku  dari pihak perpustakaan. Mereka diberi masa selama 10 minit dan membaca dengan senyap secara serentak. Beberapa orang yang terpilih akan dipanggil ke hadapan pentas untuk berkongsi hasil dapatan dari bacaan mereka. Dalam aktiviti ini para peserta akan membawa pulang buku yang diberikan sebagai cenderahati.
Banyak aktiviti dijalankan selama seminggu bermula 23 April sehingga 28 April. Pelajar yang berminat untuk menyertai boleh hadir sendiri ke sana kerana pelbagai program berfaedah dianjurkan antaranya pameran buku yang menawarkan diskaun yang tinggi. Permainan, pertandingan, dan kursus pendek juga disediakan. 
Peserta dari SMK Tambun yang terlibat

Sesi membaca bersama

Sebahagian peserta yang mendengar sesi bercerita


Klik di sini untuk lebih banyak gambar

Ceramah Jenayah Juvana

Pada hari ini 23 April 2012, Kelab Pencegah Jenayah tSMK Tambun telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk ‘Jenayah Juvana’. 2 orang pegawai Polis telah dijemput hadir iaitu Inspektor Nozaini b Mat Noor iaitu Ketua Balai Polis Tambun dan Sarjan Abdullah Sidek b Harun selaku Timbalan Ketua Balai Polis Tambun.
Isu pertama yang disentuh oleh Inspektor Nozaini ialah kes buli dalam kalangan pelajar sekolah. Beliau berpesan agar seorang pelajar sepatutnya mematuhi peraturan sekolah. Yang paling penting ialah jangan menderhaka kepada guru kerana doa seorang guru akan dimakbulkan oleh Allah. Dalam ceramah ini bliau turut berkongsi beberapa pengalaman beliau sebagai pengajaran kepada pelajar.
Kebanyakan remaja yang nakal bermula dengan salah laku yang kecil dan akhirnya mereka akan semakin berani melakukan jenayah yang lebih besar. Inspektor  Nozaini berpesan agar para pelajar memikirkan apakah kesan bagi setiap tindakan yang mereka ambil. Setiap perilaku yang buruk akan mengundang padah yang menjejaskan masa depan pelajar itu sendiri.
Ceramah yang berlangsung selama 30 minit  ini begitu berkesan sehingga semua pelajar mendengar dengan penuh minat serta tepukan gemuruh diberikan sesudah ceramah berakhir. Diharapkan agar tauladan dan iktibar yang dikongsikan bersama akan berjaya memberikan kesedaran kepada para pelajar. Ini kerana masa depan pelajar amat bergantung kepada tindakan yang mereka ambil pada hari ini.
Inspektor Nozaini b Mat Noor
Ketua Balai Polis Tambun

Saturday, 21 April 2012

Seminar Kemahiran belajar PMR “Mind Mapping” 2012.

Pada hari ini 21 April 2012 ( Sabtu ) telah berlangsung program Seminar Kemahiran Belajar PMR “Mind Mapping” . Program sehari yang melibatkan pelajar tingkatan 3 ini diadakan di Pusat Sumber SMK  Tambun. Program ini anjuran Unit Kecemerlangan Sekolah dengan Kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Pusat Sumber.
Seramai 80 orang pelajar tingkatan 3 dari kelas 3 Wawasan, Aspirasi dan Inovatif menjadi peserta. Penceramah yang mengendalikan program ini ialah Tuan Haji Rosdi b Baharom dari Kolej Teknologi Darul Naim.
Program bermula seawal 8.00 pagi ini dimulai dengan ceramah motivasi dan seterusnya aktiviti membuat nota menggunakan teknik peta minda. Program ini sedikit sebanyak akan membantu pelajar menguasai teknik menguruskan maklumat, nota pelajaran dan menguasai ilmu dengan pandangan yang menyeluruh.  
Selepas solat Zohor dan makan tengahari program diteruskan dengan sesi Pembentangan Tugasan. Program tamat pada pukul 4.30 petang.
Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar sepanjang program berlangsung.
Pagi-pagi sewaktu segar-bugar kita motivasi dulu.

Tuan Haji Rosdi Baharom dari Kolej Teknologi Darul Naim

Pengetua pun turut serta pagi-pagi lagi..
Pelajar menghasilkan peta minda  kumpulan mereka

Mari saksikan koleksi gambar keseluruhan program melalui link ini
https://picasaweb.google.com/106474008613297757123/MindMappingF32012

Wednesday, 18 April 2012

Jadual sesi penggambaran untuk Majalah Inspirasi

Makluman kepada semua unit dan kelas yang terlibat. Sila bersedia untuk sesi fotografi yang telah dijadualkan. Pakai pakaian yang sesuai untuk sesi berkenaan dan sila tepati masa supaya sesi penggambaran berjalan dengan lancar.


Mesyuarat Panitia kali ke dua.

Berikut adalah jadual mesyuarat panitia kali ke 2 yang dicadangkan. 

Monday, 16 April 2012

Majlis Akujanji Pelajar Sasaran Cemerlang 2012

Pada hari Isnin 16/4/2012 telah berlangsung majlis akujanji pelajar-pelajar sasaran SPM dan PMR 2012. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi di Dewan Terbuka SMK Tambun. Majlis ini dimulakan dengan 2 slot ceramah oleh pelajar Cemerlang SPM 2011 iaitu Mohd Azzim Izani bin Mohd Azam dan Siti Shafika Nabila Bt Rosli.
Turut menyerikan lagi majlis ini ialah kehadiran yang dipertua PIBG SMK Tambun iaitu Tuan Hají Muhd Burhan bin Alahudin. Objektif program ini ialah untuk

1        Membantu Pelajar Sasaran untuk mempersiapkan diri menduduki PMR dan SPM 2012.
2        membentuk keyakinan diri pelajar-pelajar sasaran untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM 2012.  
3        Memberi perangsang kepada pelajar-pelajar sasaran dan pelajar-pelajar lain untuk memberi penekanan terhadap kecemerlangan akademik.

Selepas bacaan doa oleh Al fadhil Ustaz Amirul Jaili b. Yassin, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua, En Azmi bin Dahali. Seterusnya ucapan perasmian oleh Tetamu Kehormat iaitu Tn Hj Abdul Aziz bin  Mat Jais iaitu Penolong Pegawai (Bahagian Menengah), Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara sebagai mewakili Tn Hj Marazlen@Mar Azlan bin Amran  PPT, iaitu Pegawai PPD Kinta Utara.

Dalam Majlis ini seramai 31 orang pelajar PMR dan 12 orang pelajar SPM telah  dipilih sebagai pelajar yang disasarkan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR/SPM  2012. Pada tahun ini pembaharuan dibuat dimana pelajar berkenaan telah memilih sendiri seorang guru untuk menjadi mentor mereka. Dalam majlis ini pelajar yang diiringi oleh ibu bapa mereka telah menandatangani Borang Akujanji dihadapan mentor masing-masing.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh pelajar-pelajar  berkenaan yang diketuai oleh saudara Afham bin Suhaimi (5Sc1).  Semoga dengan terlaksananya program ini akan meningkatkan lagi motivasi bukan sahaja kepada pelajar yang disasarkan tetapi juga kepada pelajar lain yang tidak tersenarai.
Mohd Azzim Izzani (9A- SPM 2011) berkongsi petua kecemerlangan beliau.


Siti Shafika Nabila juga pelajar Cemerlang SPM 2011

Ucapan Pengetua, En Azmi Bin Dahali
Ucapan Perasmian oleh Tn Haji Abdul Aziz b. Mat Jais, 

Pelajar ini memilih Tuan Pengetua sendiri sebagai Mentor beliau.

Sebahagian pelajar yang menyaksikan majlis akujanji berlangsung.


Inilah sebahagian isi borang akujanji yang ditandatangani.

Laungan Ikrar oleh pelajar sasaran cemerlang. 
Mari lihat sebahagian lagi gambar-gambar pada pautan berikut