Pada Hari ini telah berlangsung sesi temuduga untuk pemilihan Pengawas Pusat Sumber ambilan 2013. Seramai 20 orang pelajar akan dipilih dari kalangan pelajar sesi petang.
Mereka yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 telah menjalani sesi saringan antaranya ujian karangan untuk mengesan kebolehan menulis dan membuat lapuran. Mereka juga dinilai dari segi kemampuan bercakap untuk mengesan tahap keyakinan berucap dikhalayak ramai.
Satu lagi ujian yang penting ialah kemahiran membalut buku. Dari ujian ini dapat menggambarkan kecekapan dan ketelitian pelajar berkenaan. Ini penting kerana salah satu komponen tugas pengawas PSS ialah melaksanakan proses teknik bahan bacaan.
Calon pelajar dari tingkatan 1 |
Pasangan kembar dari tingkatan 2 |
Calon lelaki pun balut dengan kemas juga. |
Tak semestinya pantas tapi mesti kemas. |
Kumpulan pertama hari ini seramai 21 orang. |