Sunday 29 December 2013

Logo baru Pusat Sumber SMK Tambun

Kini kita ada logo yang baru menggantikan logo yang lama.
Rekabentuk dihasilkan oleh Saudara Afiq Farhan dari 4 Sains 3 (2013).

Warna Kuning dan biru merupakan warna rasmi Pusat Sumber ini sejak dahulu.
Huruf PSS membawa makna Pusat Sumber Sekolah.
Lambang buku yang terbuka membawa maksud ia mengalu alukan kedatangan anda dan menawarkan pelbagai ilmu dan maklumat. 
Sebiji lambang Glob di celah lipatan buku bermaksud dengan ilmu yang diperoleh melalui pembacaan yang banyak, membolehkan anda menguasai seluruh dunia. 

Ini logo PSS yang lama sebagai tatapan untuk kenangan dan bahan sejarah.




Papan tanda baru Pusat Sumber

Papan tanda yang lama sudah uzur..
Sekarang PSS sudah dapat papan tanda baru.
Cikgu Zahari yang uruskan.. Terima kasih Cikgu Zahari..
Ada logo Nilam, ada juga logo baru PSS..
Warnanya merah.. Jom jelajah ilmu
Pusat Sumber memanggil manggil anda datang berkunjung
Mari.. Mari.. Ada banyak buku menarik menunggu di dalam.