Wednesday 30 January 2013

Temuduga Pengawas Pusat Sumber 2013 (kumpulan pertama)

Pada Hari ini telah berlangsung sesi temuduga untuk pemilihan Pengawas Pusat Sumber ambilan 2013. Seramai 20 orang pelajar akan dipilih dari kalangan pelajar sesi petang. 

Mereka yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 telah menjalani sesi saringan antaranya ujian karangan untuk mengesan kebolehan menulis dan membuat lapuran. Mereka juga dinilai dari segi kemampuan bercakap untuk mengesan tahap keyakinan berucap dikhalayak ramai. 

Satu lagi ujian yang penting ialah kemahiran membalut buku. Dari ujian ini dapat menggambarkan kecekapan dan ketelitian pelajar berkenaan. Ini penting kerana salah satu komponen tugas pengawas PSS ialah melaksanakan proses teknik bahan bacaan. 
Calon pelajar dari tingkatan 1


Pasangan kembar dari tingkatan 2

Calon lelaki pun balut
dengan kemas juga. 

Tak semestinya pantas
tapi mesti kemas. 

Kumpulan pertama hari ini
seramai 21 orang. 


Thursday 24 January 2013

Jadual Pelaksanaan Program Pagi Isnin 2013

Mana-mana guru yang nak print sendiri Jadual Pengurusan Program Pagi Isnin SMK Tambun versi berwarna bolehlah paut sendiri ke link di bawah.

https://docs.google.com/file/d/0B39LRdJ-PM2cZERYTWpjUWxYTWs/edit

Tuesday 22 January 2013

Pameran Bertema Maulidurrasul di PSS


Berlangsung Mulai 29 Januari hingga 1 Februari 2013. 

Pelajar bolehlah datang melawat pada waktu rehat.

Rupa-rupanya susur galur Raja-Raja Melayu Kita berasal dari keturunan 
Saidina Ali dan Siti Fatimah (anaknda Rasulullah SAW)


Kenali Rasul junjungan kita dengan lebih dekat melalui Biografi Rasulullah.

Pameran Infi Selawat. Ada lebih dari sepuluh jenis selawat dipamerkan. 
Semuanya memberikan pahala dan keistimewaan tersendiri jika diamalkan. 


Anda kesuntukan masa tetapi masih mahu membaca? 
Tambah pengetahuan anda melalui bacaan risalah. 


Anda juga boleh meminjam buku-buku tentang Nabi Muhammad. 


Ini paling istimewa. 
Cuba hafal mana-mana selawat dan anda akan dihadiahkan dengan sebatang gel pen berharga RM2. 
Kalau tak berjaya hafal sekalipun anda masih dapat hadiah 'sesuat'. 
Marilah..marilah..

Sambil melihat bahan pameran anda dapat pahala kerana mendengar 
alunan zikir selawat dan nasyid yang dialunkan oleh pengawas PSS kami. 

Selamat menyambut Maulidurrasul 1434 Hijrah. 
Sayangi Rasulullah, contohilah baginda. 




Ladap Frog & VLE 2013

19 Januari 2013.
Pagi Sabtu ini semua guru hadir ke makmal komputer SMK Tambun.
Kami ada satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan yang dipanggil Frog. Bukan Katak tapi ikonnya memang gambar katak biru.

Frog ini satu aplikasi internet oleh 1Bestarinet  untuk guru-guru menguruskan kerjaya mereka agar lebih sistematik. Mereka boleh memiliki laman sendiri yang boleh diakses oleh pelajar. Kemudahan email juga terdapat untuk saling berhubung dan sesama guru juga boleh saling meng'invite' untuk sebarang aktiviti. Ia juga boleh jadi satu 'host' untuk guru-guru berkongsi maklumat agar tidak perlu menaip semula perkara yang sama contohnya senarai nama pelajar.

Seronok kami pagi ini. En Amir Azri b. Shakri (Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Seri Ampang dijemput memberikan tunjuk ajar. Kata beliau SMK Tambun antara yang bertuah kerana terpilih untuk diberikan kemudahan jaringan 1bestarinet yang dibekalkan oleh YTL Network. Ini kerana Sekolah ini mempunyai kekuatan dari segi guru-gurunya yang komited dalam kerja.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam.
En Amir Azri bin Shakeri

Kami terpaksa berpecah kepada 2 sesi  untuk lebih selesa.

Sekumpulan pelajar dari Briged Bestari membantu sebagai fasilitator.




Thursday 10 January 2013

Kursus MKT - Ms Word Dalam pengurusan kelas

Hari ini telah berlangsung Kursus Penggunaan Microsoft Word dalam Pengurusan kelas yang telah dihadiri oleh 35 orang ahli Majlis Ketua Tingkatan yang terdiri daripada Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Kursus ini berlangsung mulai pukul 2 hingga 4 petang yang merangkumi aktiviti membina jadual giliran bertugas, carta organisasi kelas dan jadual waktu P&P.

Bertempat di Makmal Komputer Aras 2, seramai 4 orang guru telah terlibat sebagai jawatankuasa penganjur. Sekumpulan pelajar dari kumpulan Briged Bestari Sekolah bertindak sebagai fasilitator sepanjang kursus ini.

Pada akhir program, semua kelas telah berjaya menyiapkan tugasan masing-masing dan sedia untuk ditampalkan di kelas mereka.

Tahniah kepada Pn Salmiah dan Cik Assalama selaku peneraju MKT untuk tahun ini. Seawal minggu ke dua persekolahan, program ini dilihat sangat memberi manfaat dalam mengasah kemahiran ICT pelajar dan secara langsung melancarkan pengurusan kelas.

Tahniah juga kepada Pn Hjh Mahsuri dan Pn Siti Hajar selaku Penyelaras Bestari sekolah & Penasihat kumpulan Briged Bestari atas usaha menyediakan ruang dan tunjuk ajar di Makmal Komputer.

Syabas untuk semua yang terlibat.

Pn Hjh Mahsuri memberikan tunjuk ajar

sempat lagi tu..! orang kuat briged Bestari (Wan Helmy)


Wah, berwarna warni jadualnya.


35 orang ahli MKT terlibat

Berbaloi balik lambat hari ni.

"apa kata besarkan sikit font tu, lepas tu bold.."

draf jadual bertugas harian

"kami punya dah siap.." kelas 3 Harmoni

Penyelaras MKT menulis lapuran (Pn Salmiah Shafie)

" kalau silap Undo je..tak rosak pun! "